1. Fizikal mengembara melalui wasilah atau alat
    Akal menjelajah setelah melihat bendanya
    lebih dahulu atau setelah ada tajuk dahulu
    Roh mengembara tanpa sebarang alat
  2. Ilmu yang didapati melalui saluran akal
    terasa letih
    Adakalanya terasa jemu
    Tapi ilmu yang didapati mengikut saluran hati
    Tidak jemu dan tidak letih
    Bahkan terasa indah dan tenang
  3. Rahsia hati orang yang bersih itu atau yang
    diberi berkat
    Kalau diceritakan kepada ulama lahiriah atau
    ulama materialistik

    Dia akan menolaknya atau akan membuat bermacammacam
    tuduhan
    Kerana mereka itu Allah beri hanya melihat dengan mata
    sahaja
    Tidak dengan hati
  4. Makanan dan minuman makanan jasad
    Ilmu dan pengalaman makanan akal
    Iman makanan roh
  5. Biasanya setiap yang dapat dinilai oleh mata
    Lebih mudah dibuat
    Daripada yang dapat dinilai oleh hati
  6. Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat
    kebaikan
    Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi
    daripada itu
  7. Jangan kaki sahaja yang mengembara
    tapi hati tidak mengembara
    jangan kaki sahaja yang berpijak di bumi
    tapi fikiran tidak berpijak di bumi
  8. Keseronokan nafsu selalunya
    diakhiri dengan penderitaan dan penyesalan
    Keseronokan jiwa membawa kebahagiaan
    yang abadi
  9. Membanyakkan sembahyang mudah
    tapi menjiwai sembahyang amat susah sekali
  10. Kebaikan yang ditegakkan
    dengan beramai-ramai itu
    dapat mengelakkan daripada rasa ujub
  11. Bermesralah tapi jangan sampai mengada-ngada
    Seriuslah tapi
    bukan sampai bersifat keras dan sombong
  12. Berani, takut dan malu
    biarlah bertempat
    agar kita pandai hidup
    supaya hidup kita bernilai
  13. Berlumba-lumba membuat kebaikan disuruh
    tidak senang dengan orang yang membuat baik ditegah
    tidak peka dengan orang yang membuat kebaikan
    menunjukkan hati sudah mati
  14. Berjiwa besar disuruh
    membesarkan diri dilarang
    membesarkan perut mematikan hati
  15. Sakit badan menderita di dunia
    sakit hati Neraka padahnya
  16. Ramai orang sanggup berjuang
    terhadap musuh lahirnya

0 komentar:

Posting Komentar

About